21 Februari 2025
PeSPA telah terlibat dalam menjayakan program CSR pasca banjir Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) ke Pasir Mas, Kelantan. Program yang dijalankan oleh Triton Tuners Club Malaysia ini mensasarkan bantuan pra-bencana kepada mangsa-mangsa banjir setempat. PeSPA telah mengkoordinasikan gerakan dengan kerjasama APM Kelantan dan PPAD APM Pasir Mas. Sebanyak 230 kotak Care Pack telah diagihkan, yang mana 30 kotak diagihkan kepada anggota APM yang turut menjadi mangsa banjir. Turut diadakan kenduri rakyat yang dimasak secara gotong royong dengan sumbangan seekor lembu oleh MMM. Sebanyak 25 kenderaan 4×4 telah terlibat dalam menjayakan program ini.

