P e S P A
Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam
PeSPA komited untuk memastikan ahli-ahlinya terlatih
Sebahagian daripada matlamat penubuhannya adalah untuk
menggalakkan penyertaan ahli dan komuniti dalam aktiviti sukarelawan beruniform dan kebajikan.

Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) akan melancarkan projek PeSPA Care Pack. Projek ini adalah suatu projek kebajikan yang mana kumpulan sasaran adalah mereka dalam golongan Asnaf Tegar atau mereka yang amat memerlukan sedikit bantuan untuk meringankan beban kehidupan. Kami menjaminkan bahawa semua sumbangan Tuan/Puan akan 100% digunakan untuk menyediakan Care Pack ini.
Klik disini untuk info lanjut.
MATLAMAT 1
Mewujud dan menyediakan platform penyatuan untuk warga sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan mana-mana pihak yang mempunyai kecenderungan untuk menyumbang kemahiran, kepakaran
dan lain-lain keupayaan dalam gabungan ini.
MATLAMAT 2
Merapatkan persahabatan, memupuk persefahaman dan meningkatkan kerjasama di kalangan ahli dalam bidang pendidikan, kebajikan, kebudayaan, kesukanan, kemasyarakatan dan yang berkaitan.
MATLAMAT 3
Membantu pihak pengurusan tertinggi APM dalam memberikan pandangan, cadangan, idea dan lain-lain bantuan, sekiranya diminta berbuat demikian dan tertakluk kepada keupayaan semasa PeSPA.
MATLAMAT 4
Menjadi medium perantara antara ahli dengan pihak berkepentingan.
MATLAMAT 5
Bekerjasama dengan pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia dan serata dunia bagi melaksanakan program berkaitan pembangunan kapasiti ekonomi, khidmat kebajikan dan lain-lain aspek selaras dengan matlamat penubuhan pertubuhan.
MATLAMAT 6
Menyediakan perkhidmatan berbentuk latihan, perundingan, khidmat nasihat, motivasi dan pengiktirafan.
MATLAMAT 7
Menggalakkan penyertaan ahli dan komuniti dalam aktiviti sukarelawan beruniform dan kebajikan.
MATLAMAT 8
Dan lain-lain kegiatan / aktiviti yang membawa manfaat kepada komuniti dan golongan sasar.omuniti dan golongan sasar.
