P e S P A
Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam
PeSPA komited untuk memastikan ahli-ahlinya terlatih
Sebahagian daripada matlamat penubuhannya adalah untuk
menggalakkan penyertaan ahli dan komuniti dalam aktiviti sukarelawan beruniform dan kebajikan.

Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) akan bersama rakan-rakan strategik bagi menganjurkan Program “PeSPA & Friends” yang akan menampilkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Band dan Nyanyian, Pameran, Pemeriksaan Kesihatan, Booth Jualan Artis, E-Sukan dan lain-lain. Cabutan Bertuah juga akan diadakan untuk Ahli PeSPA yang berdaftar.
Klik disini untuk info lanjut.
MATLAMAT 1
Mewujud dan menyediakan platform penyatuan untuk warga sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan mana-mana pihak yang mempunyai kecenderungan untuk menyumbang kemahiran, kepakaran
dan lain-lain keupayaan dalam gabungan ini.
MATLAMAT 2
Merapatkan persahabatan, memupuk persefahaman dan meningkatkan kerjasama di kalangan ahli dalam bidang pendidikan, kebajikan, kebudayaan, kesukanan, kemasyarakatan dan yang berkaitan.
MATLAMAT 3
Membantu pihak pengurusan tertinggi APM dalam memberikan pandangan, cadangan, idea dan lain-lain bantuan, sekiranya diminta berbuat demikian dan tertakluk kepada keupayaan semasa PeSPA.
MATLAMAT 4
Menjadi medium perantara antara ahli dengan pihak berkepentingan.
MATLAMAT 5
Bekerjasama dengan pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia dan serata dunia bagi melaksanakan program berkaitan pembangunan kapasiti ekonomi, khidmat kebajikan dan lain-lain aspek selaras dengan matlamat penubuhan pertubuhan.
MATLAMAT 6
Menyediakan perkhidmatan berbentuk latihan, perundingan, khidmat nasihat, motivasi dan pengiktirafan.
MATLAMAT 7
Menggalakkan penyertaan ahli dan komuniti dalam aktiviti sukarelawan beruniform dan kebajikan.
MATLAMAT 8
Dan lain-lain kegiatan / aktiviti yang membawa manfaat kepada komuniti dan golongan sasar.omuniti dan golongan sasar.
