17 Mac 2024

PeSPA telah menyantuni warga Sg Petani dengan menyumbang kepada program Bubur Lambuk Ihya Ramadhan anjuran bersama NGO Sungai Petani. PeSPA mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengarah APM Kedah serta APM Kepala Batas yang telah mewakili PeSPA dalam aktiviti tersebut. Hasil masakan bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat Sg Petani, termasuk warga APM yang bertugas di bilik gerakan 999 APM pada hari tersebut.