PeSPA Uncategorized Program “PeSPA & Friends”

Program “PeSPA & Friends”

Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 sebagai sebuah organisasi kebajikan peringkat kebangsaan adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diwujudkan sebagai sebuah ‘platform’ penyatuan semua elemen sukarelawan APM dan juga pihak-pihak lain yang mempunyai kecenderungan membantu mengenai hal-hal pertahanan orang awam.

Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) akan bersama rakan-rakan strategik bagi menganjurkan Program “PeSPA & Friends” yang akan menampilkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Band dan Nyanyian, Pameran, Pemeriksaan Kesihatan, Booth Jualan Artis, E-Sukan dan lain-lain. Cabutan Bertuah juga akan diadakan untuk Ahli PeSPA yang berdaftar.

Antara Rakan-Rakan PeSPA yang akan meraikan bersama:

  1. Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
    • Pameran
    • Demonstrasi
  2. Briged Seni Kreatif FINAS
    • Band dan Penyanyi
    • Pameran Kenderaan
    • Booth Jualan Artis
  3. NADI-National Information Dissemination Centre
    • E-sukan
    • Pemeriksaan Kesihatan
    • Pameran Kenderaan
    • Khidmat Wifi Percuma selama 3 hari 21-23 Januari.
  4. TTCM – Triton Tuners Club Malaysia
    • Pameran Kenderaan 4×4
  5. SAR Scuba
    • Promosi

Cabutan Bertuah khas untuk ahli-ahli PeSPA dengan tiada tunggakan yuran tahunan. Hadiah utama adalah sebuah motorsikal elektrik (pendaftaran JPJ atas urusan sendiri). Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar, boleh scan QR di sebelah.

  • Scan QR dan isi butiran
  • Buat pembayaran
  • Whatsapp 011-2086 2885 beserta:
    • Nama Penuh:
    • No. IC.
    • Resit Bayaran

Hanya permohonan sebelum 5 petang 23 Januari 2026 layak untuk cabutan bertuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post