17 Ogos 2024

PeSPA telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memanah Kebangsaan sempena Istiadat Pertauliahan Ke 15 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada keesokkan harinya. Pasukan PeSPA telah diwakili oleh Setiausaha Agung serta ahli-ahli daripada rakan strategik PeSPA, Yayasan FELDA. Program memanah ini telah dikelola oleh APM Negeri Kelantan diketuai Pengarah Negerinya, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab .YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah turut serta dalam pertandingan ini sebagai tanda sokongan.
