9 Oktober 2023
Jawatankuasa PeSPA yang baru dipilih bagi penggal 2023-25 telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAS KPj (PA) Datuk Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Ibupejabat APM. Delegasi PeSPA seramai 10 orang itu diketuai oleh PPj. Kehormat (PA) Dato’ Mohd Banuri Aris, Presiden PeSPA.
Turut hadir adalah YS PPj (PA) Dr Ts Fazli Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan APM serta pegawai-pegawai kanan APM.
