PeSPA Aktiviti Kempen Madani Care For Nature anjuran Rainforest Challenge

Kempen Madani Care For Nature anjuran Rainforest Challenge

25-27 Oktober 2024


PeSPA telah bersama rakan strategik, Triton Tuners Club Malaysia (TTCM), dan FRIM, ke Program Kempen Madani Care for Nature anjuran Rainforest Challenge yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Lata Ulu Chepor, Perak. Turut hadir, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Khamarul Ariffin Zainal, Setiausaha Agong PeSPA bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) serta pegawai kanan MMM.

YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah singgah santai sebagai tanda sokongan serta beramah mesra bersama peserta dan tetamu.

Terima kasih YAS DKPj yang meluangkan masa bersama kami.

Kami mengambil peluang untuk bersama meraikan Hari Lahir YAS Datuk KPj.

Kehadiran Encik Luis, Founder Rainforest Challenge (RFC) bersama pengurusan program telah hadir ke base camp kami pada malam sebelum program untuk sesi beramah mesra.

Lokasi flag off

Konvoi daripada TTCM, FRIM dan PeSPA bersedia untuk bergerak ke tapak sambutan. Sebanyak 30 kenderaan 4×4 telah mewakili kumpulan kami.

Bergambar bersama rakan-rakan strategik PeSPA daripada TTCM dan FRIM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post