22 Sept 2025
PeSPA telah terlibat dalam menjayakan program CSR Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) ke Kampung Orang Asli di Air Kelab, Grik, Perak. Program yang dijalankan oleh Triton Tuners Club Malaysia ini menyantuni warga orang asli. Selain daripada agihan bahan makanan, MMM juga telah menaja pembinaan tandas dan penyaliran paip air daripada sungai ke kampung. Pelbagai program telah diadakan seperti pemasangan lampu solar, wayang pacak, jamuan makan dan kesihatan awam. PeSPA telah dengan kerjasama APM Ibu Pejabat telah ditugaskan untuk bantuan medik serta kesihatan awam (saringan kesihatan dan pembersihan kutu kepala). Sebanyak 25 kenderaan 4×4 telah terlibat dalam menjayakan program ini.

