21 JAN 2024


PeSPA bersama rakan strategiknya Triton Tuners Club Malaysia (TTCM) telah terlibat dalam menjayakan program Kampung Siaga 221 di Rawang, Selangor. Program yang disusun atur oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) APM itu dengan kerjasama APM Selangor, adalah antara program awal dalam membantu persiapan menghadapi bencana di peringkat komuniti. Program ini telah turut dihadiri oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM, YAS Abdul Wahab Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) dan lain-lain pegawai kanan APM.