22 JAN 2024

Satu kunjungan hormat ke atas YBrs. Dato’ Dr. Ismail Hj. Parlan, Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat FRIM, Kepong. Delegasi PeSPA telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Banuri Aris, Presiden PeSPA, bersama barisan Jawatankuasa PeSPA serta wakil rakan strategik. Antara perkara yang dibincangkan adalah hubungan strategik yang boleh dijalin antara kedua-dua organisasi.