PeSPA Aktiviti Penganjuran Bersama Bengkel Pemerkasaan Pegawai Kehormat/Bersekutu APM

Penganjuran Bersama Bengkel Pemerkasaan Pegawai Kehormat/Bersekutu APM

26 November 2023

PeSPA dan Bahagian Pengurusan Angkatan (BPA), Ibu Pejabat APM, telah menjadi penganjur bersama Bengkel Pemerkasaan Pegawai Kehormat/Bersekutu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bertempat di Hotel Tenera, Bangi. Bengkel peringkat kebangsaan ini telah menarik penglibatan seramai 330 pegawai kehormat/bersekutu daripada seluruh Malaysia. Hasil bengkel ini akan diangkat untuk dibincangkan di peringkat Ibu Pejabat APM. Di sebelah malamnya, telah diadakan Majlis Makan Malam bertempat di hotel yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post