19 Ogos 2023
Mesyuarat Agung Pertama (MAP) PeSPA telah diadakan tepat 100 hari selepas penubuhan Jawatankuasa Protem. MAP ini telah diadakan di Dewan Utama, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Bandar Baru Bangi. Seramai 67 orang ahli telah hadir.
Jemputan khas MAP adalah YAS TPj. (PA) Hj. Abdul Wahab Bin Hj. Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM. MAP telah dirasmikan secara maya oleh YAS KPj (PA) Datuk Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam. Ahli mesyuarat telah mengundi calun-calun secara atas talian bagi menentukan undian adalah telus.
Di majlis yang sama, PeSPA telah menyampaikan sumbangan wang ehsan dan barangan dapur kepada balu Kopral (PA) Firdaus daripada PDPA Kuala Lumpur.