23 Januari 2026
PeSPA telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 nya (MAT) bertempat di Shaftsbury Square, Cyberjaya yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed, Setiausaha Bahagian Kanan (Pentadbiran), Kementerian Komunikasi Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa di ikuti oleh ucapan aluan Presiden PeSPA, YBhg. Dato’ Mohd Banuri Aris. YBhg. Datuk Aminurrahim dalam ucapan perasmiannya telah berkongsi pandangan dan idea beliau dalam memacu kemajuan PeSPA. Majlis telah berhenti rehat dan YBhg Datuk Aminurrahim telah dibawa melawat ke tapak program ‘PeSPA and Friends’ yang dijadualkan pada sebelah malamnya.
Pada MAT kali ini telah diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi penggal 2025 – 2027. Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Mohd Banuri Aris serta ahli jawatankuasa baru yang dipilih bagi penggal 2025 – 2027.

