PeSPA Projek PeSPA Care Pack

PeSPA Care Pack

Pengenalan

Projek ini memudahkan untuk sesiapa yang ingin memberi sumbangan dan membantu golongan asnaf tegar dan masyarakat yang amat memerlukan. Mereka tidak hanya memerlukan bantuan semasa bencana sahaja. Dugaan kehidupan ini boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Agihan

PeSPA Care Pack ini akan diagihkan sendiri oleh ahli-ahli PeSPA dan sukarelawan di kalangan rakan strategik. Agihan tidak terhad kepada mana-mana negeri.

Kumpulan Sasaran

Golongan Asnaf dan mereka yang amat memerlukan sedikit bantuan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Adakah Sumbangan Akan Digunakan 100% Untuk Mereka?

Sumbangan Tuan/Puan akan 100% digunakan untuk kos penyediaan Care Pack. Kos penghantaran adalah secara sukarela oleh sukarelawan kami.

Bagaimana Untuk Menyumbang?

Untuk menyumbang, Tuan/Puan boleh imbas kod QR di sebelah ini atau klik link di bawah:

Saya ingin menyumbang ke Program PeSPA Care Pack

Kandungan Barangan

Antara kandungan barangan adalah Beras 5kg, Garam, Gula, Sardin, Mi Maggi, Bihun, Kicap, Sabun Buku, Uncang Teh, Minyak Masak, Tepung Gandum, Susu Tin, Biskut, Ubat Gigi, Kotak Plastik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *