9 Disember 2025
Jawatankuasa PeSPA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAS KPj. (PA) Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman untuk menzahirkan pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang baru di Ibupejabat APM. Delegasi PeSPA seramai 5 orang itu diketuai oleh PPj. Kehormat (PA) Dato’ Mohd Banuri Aris, Presiden PeSPA.
Turut hadir adalah YS PPj (PA) Dr Ts Fazli Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan APM serta pegawai-pegawai kanan APM dan PeSPA.

