9 Mei 2023
Pendaftaran
Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) berdaftar secara rasmi pada 9hb Mei 2023 di bawah Akta Pertubuhan 1966. PeSPA telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi kebajikan peringkat kebangsaan.
PeSPA adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diwujudkan sebagai sebuah ‘platform’ penyatuan semua elemen sukarelawan APM dan juga pihak-pihak lain yang mempunyai kecenderungan membantu mengenai hal-hal pertahanan orang awam.

Majlis Pelancaran
Dilancarkan secara rasmi oleh YAS Datuk KPj (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam pada 10hb Mei 2023.


Mesyuarat Agung Tahunan Pertama
Mesyuarat Agung Tahun Pertama (MAT) telah diadakan pada 19 Ogos 2023, 9.00 pagi bertempat di Ummah Hall, Wisma MAPIM Malaysia, Bandar Bukit Mahkota, Bangi. MAP ini diadakan genap 100 hari daripada tarikh pendaftaran PeSPA.
Tetamu khas adalah YS TPj. (PA) Haji Abdul Wahab bin Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM. Perasmian telah disempurnakan oleh YAS KPj (PA) Datuk Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia secara digital.