24-26 MEI 2024

PeSPA telah menyantuni program Hidden Fest 1.0 anjuran rakan strategik FRIM bertempat di Stesyen Penyelidikan FRIM Perlis. Program selama 3 hari itu juga turut disantuni oleh TTCM, yang juga merupakan rakan strategik PeSPA. Diakhir program, YB Adun Arau bersama YBrs Dato’ Dr Ismail bin Parlan, Ketua Pengarah FRIM telah meluangkan masa bersama dengan rakan-rakan strategik PeSPA. PeSPA ingin mengucapkan terima kasih kepada YS Lt. Kol. (PA) Mohd Izaimi b. Md Daud, Pengarah APM Negeri Perlis, PPAD dan anggota APM Padang Besar yang telah bersama memeriahkan program ini.