22 Mac 2024

PeSPA telah menghantar 2 orang penyelam untuk menyertai misi menyelamatkan batu karang dan hidupan marin yang terperangkap akibat pembuangan pukat hantu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu. Misi yang melibatkan Jabatan Perikanan Negeri, pengusaha pusat selam dan beberapa NGO itu berjaya membawa naik sebahagian daripada pukat hantu yang bersaiz besar. Penyelam PeSPA telah bertindak sebagai ‘Safety Dive’ bagi mengawasi misi yang agak merbahaya memandangkan lokasi pukat berada di kawasan yang dalam dan berarus deras.